07 May 2009

Happy Mother Day To All MOM...

Salam semua,dapat email ni...kite kongsi bersama k

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih,
aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4
) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

06 May 2009

Berita PANAZ...JGN lupe beli majalah VOGUE...&^$^%$%^$^%


Salam Perkhabaran SEmue

Hai semua..pe khabar? mudah-mudahan sihat hendaknya..alhamdulilah ahad lepas 03.05.09 cinta dah pindah rumah baru tau..tapi tak siap sepenuhnya..maka dgn itu tak der le gambo je...
sebenarnya,cinta tgh rindu giler kat kakak cinte..sebelum ni keje sama ngan dia.tapi bila dah habis kontrak keje ni terpaksa berpisah..sedey giler.................
buat pengetahuan korang cinte berjiran ngan 'nasazfrog' tau...jangan jealous..
mesti syok nak beborak pon sonang...
hahaha...hantar yaya kat depan umah je....cian yaya dah lama tak up date gambar gile2 kanak2 ni hehehe..
k jumpa lagi..

24 April 2009

Motivasi cinte

Petua menjaga hati isteri

· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan
seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah

· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Petua mencurahkan jalinan kasih

§ Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

§ Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain

§ Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

§ Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa

§ Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

10 April 2009

Happy Belated birthday my HUBBY

HAPPY BIRTHDAY SAYANG


Salam semua cinta2ku,harap cinta2 semua sihat..
09.04.2009 BIRTHDAY my hubby...semalamnyer birthday ayah angkat hubby hehehe
cinta tak wat pe pon just buy some cake special jer..
tak sempat nak wat..bli kat season,tak dapat nak upload gmbarnya ade masalah..biasale
tempat cinta keje ni sekarang susah sikit nak berblog..kiri kanan manager..BAHAYA woooo
kire sambut anniversary lah tu skali..
PE pe pon sekarang ni kena berjimat cermat..ekonomi tgh mcm ni pepaham jelah kan..
sebenarnya rasa tension bile tak dapat upload gambar,edit gambar..mcm tak lengkap je hidup ni...umpama irama dan lagu....

06 April 2009

Sweet Memory



Assalamualaikum, salam sejahtera wat semua kengkawan cintaku...esok merupakan hari ulangtahun perkahwinan cinta yg ke 2 thn...teringat balik masa nak akad nikah..detik2 bahagia ituw cinta semadikan dlm jiwa dan cinta rekodkan dlm dvd hehehe..

Syok klau tgk blik..nak2 masa my hubby pgang tgn pak imam...muke dia hahaha...lagi klau ada bab2 yg kelakar..masa kami nikah tak de kiss2 dahi tau..dpan pak imam dia suruh baca doa kat ubun2 isteri..masa tu dia pon semua gelakkan sbb nilah first time masa nikah wat mc ni....

memang kenangan terindah...esok mmg cinta sibuk,jadi terpaksalah wat awal sikit,hehehe sok company singapore nak turun jb,mana leh main2....

k jumpa lagi di next entry..sikit je luahan sbb keje manyak lo..hehehe

Salam kasih sayang cintaabadi

31 March 2009

Salam Perkenalan Yau Lee Precast Sdn Bhd

Salam semua...lama tak bersuara...mudah-mudahan korang sihat hendaknya...cinta dah masuk dua hali keje lo..hehehe....
macam mana???????????????
Alhamdulilah le,
sekarang ni mcm2 nak di pikirkan keje baru,pasal rumah baru,orang baru jaga yaya..semuanya baru...yg membuatkan cinta haru biru....k
tak leh lama2 byk keje nak wat....
salam kasih sayang
cintaabadi

27 March 2009

Salam Perpisahan NFFSB

Salam,semua hari ni last day cinta kan Namfatt Fabricators Sdn Bhd...tadi lunch ngan bos beso..g makan sea food..tapi cinta tak sempat nak snap pic..habis semua dah sedih..
tak kan nak wat muke happy ? ???
keje kat company ni mmg best giler,sbb bos cinta baik2 belaka...dia pon sedih bila salam terakhir ngan cinta...

memang banyak kenangan indah kat sini...
Kenangku Dalam Doamu.....
salam kasih sayang
* Nantikan daku Yau Lee Precast Sdn Bhd.......

26 March 2009

Jom JenJalan

hALOOO semua,cinta ada kelapangan ni,nak citer masa ahad lepas 22.03.09 cinta kuar ngan hubby,yaya,mama yaya,n my anak buah sume...mula2 mmg nak plan nak g zoo jay bee,pastu lalu le kat Danga Bay..nampak ramainye olang,ingat ada apa...upenye ada outoshow...memanglah hubby cinta soka...


cantek tak kete yg ada 6 tayar..hehehe bleh plak ada mcm ni....yg sebelah tu,budak pantera fuyo byk tau dia punye screen tv tak silap ada 9 screen giler tdk? satu LCD 32 inci kat tmpt duduk belakang...cam mana nak tgk ek?..tak yah blik umah..hehehe



pastu kitaorg g zoo johor...yg cinta geram..."Mcm Ipin n upin kata " GERAM..GERAM..GERAM!!!!" .Bukan apa bateri fon kong...@@$#@$#$%^ tak dpt nak snap gambar,klau nak gune my hubby nye bukan bleh,memory dah full...jd terpaksa rela tanpa snap gmbar....mule2 masuk kena 2.00 je bdk 1.00 murah tapi bila dah msk mcm nak cepat kuar je...tak seronok..kotor...bukanlah cinta nak "SABOTAJ ZOO JB" tapi memang tak puas hati tahap kebersihan hancur teruk...klau bg msuk free pon tak nak..

cinta saje je nak tunjuk ngan yaya haiwan2 ni,mmg dia suke tgk tapi..cinta tgk sakit hati....mcm zoo kena tggal,mcm manalah haiwan tu nak sihat,persekitaran kotor..klau byk haiwan mati pon nnti tak peliklah kan...

bagi sesapa yg nak g pikirlah 100 x,atau pon seribu kali...k

salam kasih sayang...cintaabadi

25 March 2009

Alhamdulilah Bersyukur pada ALLAH swt...

Salam tuk semua....cinta dah dapat keje baru di tiram..mgkin cinta pindah ke rumah sewa cinta di taman puteri wangsa di tiram...dah nak mule keje baru ni..pepahamlah mesti sibuk...msti kena buli dulu..heheh..berani dia buli cinta..hahaha...
nnti klau cinta menyepi..jgn lupekan cinta plak k...cinta sayang korang,pada you allz yg mendoakan cinta terima kasih bebanyak..hanya tuhan yg dapat membalasnye...

k cinta sibuk mengemas...nntikan cerita di tmpt keje baru k...
salam kasih sayang

24 March 2009

Pengambilan Supplement Dlm Kehidupan Seharian



Adakah anda mengambil sebarang supplement?
sudah semestinya....


Nyatakan 3 supplement yg ada ambil setiap hari
terlebih ok lah tu ek.........
1.Jamu Merit
2.Jamu Perapat extra
3.Vitamin C
4.Evening prime Rose Oil

Adakah anda konsisten dgn supplement yg di ambil?

kadang2 le,kadang2 lupe..maklumlah dah jd ibu kan..lain ler masa anak dare...hehehe

Adakah ianya memberi kesan pada kesihatan tubuh anda?
mestilah,ada kesan dan paedahnya klau tak wat habis duit gaji jek....


Nyatakan antara kesan @ perubahan supplement yg anda ambil

1)JAMU merit-
klau bangun pagi2 mesti membuang,nak buang lemak mesti makan ni ok gak....yg ni satu peket rm 6.50 tapi klau sekotak rm 55.00 je..cinta beli sekotak jimatkan...

2)Jamu Perapat Extra
yg ni mcm2 ada...3 in 1..manjakani,kacip fatimah and kayu serapat...bleh menghilangkan keputihan, menhgangatkan hubungan suami isteri ,menegangkan payudara n banyak lagilah...extra kan...murah je sebotol rm 13.00..

3)vitamin c
bukan untuk naikkan badan,tapi untuk kulit muka ...kulit semua kulit heheheh
vitamin yg di perlukan badan...sbb tu badan ku ini masih comel tak kurus2 hihihihi...hargenya sekotak dlm rm 70 +++ lah tak ingat lak.





4)Evening Prime Rose Oil
ubat ni,memang bagus,tapi klau korang g guardian ker,farmasi ke kompom ada cinta jamin 100%...betul...tak tipu nye...
makan ni bleh jaga kulit muka....yg ni klau 2 botol rm 100.00.

* Bleh wat penambahan tak....bagi sesapa yg suka mandi lulur,ada cara yg menjimatkan wang anda...
cuma beli kayu manis je..tak pon amik je kat dapor...kisar kering..msukkan dlm botol..bile nak mandi smbil bersabun tu bleh le sapu kayu manis tu..memang wangi...kulit halus dan lembut gitu...

cinta wat ni seminggu sekali..sbb nnti kena marah ngan hubby lama2 dlm toilet ..hahahaaha


cube ya...klau ingat perkataan ni teringat kat anak buah cinta rina "abg cube ye"hhehehehehe

tag 6 orang untuk teruskan penjelajahan ini k...

1)FRB

2)Nasazfrog

3)qasehabadi

4)Azreen

5)mek tie

6)maswani

Selamat mencube ye...tak paksa..sape yg rela paksa jawab le..leh kongsi kecantikan bersama...

k salam kasih sayang

cintaabadi

23 March 2009

busy..busy..busy

Hallllllllllllllllllllllllo sayangku semua...harap2 korang sihat2 belaka..apa tdknya musim bonga ni....
tak da yang dapat bunga ker?..minggu ni cinta memang busy giler...jumaat ni bos besar turun nak jumpa ni..takutnyerrrr ,bukan apa nak ucapkan sayonara kot...tak pon nak belanje makan sea food..best222
sembelih bos dulu sebelum bhenti ni kan...jgn ikut peragai cam ni...tak baik...klau tak wat..hehehe
citer pasal anak cinta plak..dia ni dah pandai ikut apa yg orang ckp..tapi hujung2 je lah...
memang seronok....alhamdulilah..

*doakan cinta dapat keje,ni tgh tggu calling2 je..hihihi
thanks cayang korang










16 March 2009

Cinta abadi weekly

Salam wat korang sume..hehehe..akuq telah muncul ni..saje boring2,maklumlah nak menghabiskan sisa2 baki kat office ni ...sabtu aritu akuq..$%$^ tak sedap betoi bahasa a...oppppsss,cinta...kkkk...ada g interview kat cs..mula2 mcm tak da semangat tapi atas dorongan my hubby n my bos,cinta g gak..masa tu cinta rela terpaksa bawak yaya (akak yg jaga nak g rewang)..nasib baik ada my cayang..cian dia tunggu cinta,,sampai yaya membuang ke tahap overdoss..mengelabah cari toilet..memang kelakar+penat+fening+happy.........lepas dari tu cinta g pasir gudang...
memang ponat..mula g tgk2 keje kosong kat pusat bandar...mmg ramai org cari keje...al maklum bin pepahamlah kan...
Dah sambil terlalu n terlintas di pasir gudang,cinta g tgk umah cinta..lom dpt kunci..adalah gak perubahan sikit..dah pasang meter....tak sampai 5 minit,cinta di serang org construction,nak renovation umah...mcm2 contrs datang,mule2 sorang jd 2,3,4 dan terus meriah hahaha..dah jadi fening mcm ni cinta malas nak layan diaorg sume,biar mr ajeed je yg uruskan,sbb my hubby ni memang cukup teliti klau nak memilih sesuatu..hehehe termasuk isteri dia ker?...^*^*&^*%^%& ooohhh idaklah..hahaha,
Nilah umah yg cinta akan dodok nnti..memang tak sabo...

masa mr ajeed bincang,cinta dok lah dlm kete,malas nak dok luar lagi pon yaya ni bukan nye nak dok diam...mula mcm nak tido,pastu dia boleh mengharu birukan keadaan dlm kete....hehehe, cinta pon boring giler tunggu..sampai hujan lebat giler,petir lagi...memang takot........

Klau tak caye,nilah pic ,muka tensen ada,muka suka pon ada...mana tak sokanya tgk aksi yaya..suka sgt buat ibu naik darah....dia main tutup botol ngan botol susu,dia buang tutup,dia nangis...ibu jugak yg ambilkan..."ceh"...tak jadi nak marah,pandai plak ckp terime kasih (ceh)..ni lah bahasa budak2 kan....masa sabtu ni sepatutnya cinta kena g rewang majlis perkahwinan jiran cinta,kwn sek dulu..dari sek rendah ..tapi terpaksa g interview..tak palah kan,bukannya cinta tak dtg...hari ahad cinta dtg tgk dia sanding....nilah pic2nye ituw...segak tak...cantik isteri dia,org dkat2 je...org sebelah kg je..sonang nak blik beraya,tak yah gadus2.....


Selamat pengantin baru...cinta sonok dapat g tgk mantin ni..tapi tak best le...my hubby kene keje..jd tak dpt nak posing ala2 maut,..amik photo org je le.....bila cinta tgk wrna hijau...teringat masa tengah bersanding dulu...huk..huk..huk..hijow ...nasib baik yaya tido,klau tak tak dpt nak snap pic mantin ni...tgklah betapa lena dia tido,walaupon speaker kat sebelah..yg sebelah yaya tu anak my friend,yg tomey2 ala2 cinta ni anak kak nora..kwn kakak cinta,tapi cinta dah macm nak jd adik angkat dia,dia tak tau pon..hehehedia baik tu yg cinta suke,sporting lagi...tgk tu siap tunjukk peace lagi...nampak tak mak cinta,malu nak ambil gambar tgk lain plak,yg sebelah tu mama yaya,dia yg jaga yaya n yg bertudung biru ituw kak long cinte,sume malu2 je.....
yg baju purple ni cucu cinta...ahak..ahak..dah rasa macm tua plak..baru 20an ni dah ada cucu...hahahaha
ni pon sebelah bapak cinta...belah mak lom jadi tok lg,hehehe
jd ucuk je le....




memang panjang betul citer kali ni...lum habis lagi....lepas g majlis ni g sepital plak,bapak mertua kakaku masuk sepital..peparu djangkiti kuman..."ya ALLAH...sembohkanlah penyakit pak cik Azmi,Amin.amin"
pak cik ni memang baik giler....
lepas dari sepital..tgk abg ngah cinta kat taman tun,dia demam"Ya ALLAH sembohkan lah penyakit abang ngahku...Amin"
cinta memang sedey klau tgk org sakit..sedey tu tak lah sampai nangis2..tapi sedey di hatiku ini...alhamdulilah bersyukur cinta pada ALLAH swt...kerana cinta masih ada perasaan cinta pada mahluk ALLAH swt...cinta sayang korang sume,mudah-mudahan semuanya sihat sejahtera dan berbahagia di samping cinta masing2
k jaga diri you allz bebaik...muaaah..

*teman2 sume okey ke gune pkataan cinta ni...mcm tak okey je?
jumpe lagi...

13 March 2009

Di Tagkan Oleh "LOVE 2 BE SLIM"

HAI..semua pe kabar mu di sana...semalam ku teperanjat n terpengsanlah jap bila dapat tag dari love2 be slim ni....nama teratas plak tu...nasib baik tak da darah tinggi hehehe..
pe pe pon untuk reen,tag mu in idoklah pening pala nak menjawab..nasib baik sonang...k kite layanz tag nya ini...

1-Do u think u're hot
..hot ahhahaa very hot bila hari hot hihihi, tgk je merah tak hot..yaya tau tanya ngan yaya..


2-Upload ur fav pic






3- Why do u like that pic ?
memang soka...sbb hubby n yayalah ...bukan apa tgk muke hubby cam tu cam kelakar plak..hehehe (ampun en yazid)n yaya yg gembire sokmo..


4- When was the last time u ate pizza ?
bulan bape tak ingat lah..tapi dlm thun 2008,thun ni lom lagi hehehe


5-The last song u listen to
..mestilah lagu cintan...siti nurhaliza..pepaham sudah...


6-What r u doin rite now beside this ?
Tengah dok tgk blog kwn2 yg best lah..pe lagi...


7-What name u prefer beside yours ?
ALLAH swt....
Mohd Yazid....Nur Aleeya..cayang ucuk ibu...hihihi



8.People to tag :

1. qasehabadi
2. myqaseh
3. FRB
4. D'sal
5. bigmouth



9-who is no 1?
Sahabatku masa sekolah dulu ni..memang cute..best klau dapat borak ngan dia..



10-no.3 is having relationship with ..
ni pon kawan masa sekolah kat muar,seorang ibu yg ada anak yg cute,lahir lepas yaya lahir 4 hari ye...n pon di kirekan jiran aku kat umah sewalah...hehehe dia ni superwomen sbb dia nilah isteri,ibu,pelajar...mmmg suka cabaran..



11-say something bout no 5
Pengikut baru yg memang sporting habis...baca blog dia rilek je...boleh jd mumy cool..hehehe

12-how about no 4
ni kawan baru cintaabadi...memang cute orangnya...suka bergambar,mcm saya lah...

13-and no.2
kawan blog yg dok jb tapi lom penah jumpa,and ada anak yg comey,cute n pandai bergaya mcm mama dia tau..

untuk yg dah kene tag ni jangan wat tak tau ye,selamat menjawab tag ku ini..k jumpa lagi di next entry...

LOVE YOU ALLS

CINTAABADI

12 March 2009

Mainan baru

hoyay..hoyey..hoyey...seronok betol yaya,semalam ayah dia balik umah trus blikan...tgh makan pon nak naik gak....sesapa yg suka beronda lepas ni bolehlah ajak yaya sekali,tapi akuq risau plak ni anak akuq ni tak da lesen..dia bawak main belasah je..hehehe
suka akuq tgk anak aku,yg tak tahan masa dia pgng streng,penuh gaya dan aksi..boleh jadi pelakon aksi REMPET VS IMPAK MAKSIMA....
buat pengetahuan korang dia memang lepakz bila dah mula berjalan ni,memang susah nak tido..nak merayap je...
pastu masa dia tido,mcm muka org balik keje hehehe cianz anak ibu....

k lah aku nak menyibukkan diri dgn keje ni...kite jumpa lagi
cintaabadi

Salam Cintaku..

Salam semua,lama tak bersuara ni...sibuklah sikit..mengeram lama ni..hehehe,bukan apa aku meeting2,sbb company akuq ni dah tak dpt projek bilion2 ni...tu yg fening2,oleh ituw sbb akuq ni pekerja contract..akuq terpaksa rela dok umah jelah...menanam anggur..BOSANNYA....,tak pelah mgkin dah tak da rezeki company akuq n akuq...
bulan April aku last..SEDEY ni..klau dah kat umah,jawabnya lg lamalah aku mengeram tak berblog....
lama akuq menyepi ari tu bukan g mana g jejalan je kat Danga Bay..Bawak budak comel tu jln2...

mainan yg boleh di main ni je lah..klau yg lain tu budak dah besaq2 okey..tecik lg goyang2 sudah...mula2 nangis takut,bila mainan tu bergerak..tapi bila dah berhenti tak moh turun lak minah ni.........ayah dia pon posing gak kat poko kelapa ituw..hehehe


ni plak masa pagi akuq bersiap nak g keje,sibuk betol minah ni.."dah..dah",bila dia sebut je terus dia nak apa yg akuq guna...mcm pandai jeeer....,tapi klau suruh yaya make-up kan memang sesuatu yg menakutkan..hahaha..
pandai-pandai anak ibu nih...... cintaabadi

06 March 2009

Jalan2 chinta

Alhamdulilah...semakin pandai anak ibu ni...12.march.2009 yaya nak masuk setahun 2bln ...05.03.09 (semalam)yaya dah pandai nak berjalan..seronok akuq tgk anak akuq jalan terkedek2..dgn montot nye berpampers....syukur pada ALLAH swt..walaupun dia agak lambat berjalan..tapi dia dah pandai mcm2 keletah...pandai buat aksi...pandai marah org(trmsuk ibu) dia marah hehehe
sayang anak ibu...kaulah segala-galanya sayang..........
k kite jumpa lg..ni time rajin nak berblog hari2 ku up date, nnti klau aku terpengsan kejap jgn teperanjat heh...hahhaha
saje nak bagi mengeram hehehe..tak delah nnti korang pikir apa pulak ek...selamat bercutilah...n
SELAMAT menyambut Maulid Nabi....
jumpa lagi cintaku..

05 March 2009

Si Merah Hati Hubbyku

JENG..JENG..JENG....
Korang jangan salah tafsir plak ye..nilah yg aku maksudkan..."si merah hati hubbyku" hubby akuq memang sayang sesangat.....mesti mau mandikan...akuq pon sayang...
klau tak de si merah ni..tak berpoyalah akuq kat luar...hehehe
masa blum ada yaya ,memang sentiasa berkilat je cermin kete ni..tapi paham2 jelah klau dah ada anak ni..mesti yaya nak memegang cermin tu nak tggalkan cop mohor di raja dia....hehehe
sabar ya ayah....cian ayah....
k kite jumpe lagi ye cintaku semua...

Book oh oah oh ah Book..


HALOO...semua,nak citer siket ni..hari isnin ituw hari aku ada blikan yaya book..memang dia suka..tapi kata hubby aku tak sesuai lagi..tapi akuq ni degil nak gak beli..sesuai ke bdk setahun sebulan ni..???????

kalau korang perasan yaya ni membaca sampai terbalik buku nya ituw..jgnlah harap ibu dpt memegang bukunya ituw..kompom menyerit mcm kena pukul...huhahaha

perkembangan terbaru yaya..memang suka tgk gambar..tak kiralah gambar ape2 saje..hinggakan tgk gambar sendiri pon dia gelak.....


yang lagi kelakar bila dia tgk gmbar animal..kompom muka dia jd mcm ni...^%&$&%*&^$&^
muncung bukan main lagi...
akuq ni bila dah blikan dia buku mcm kemaruk je nak membeli aje...
k lepas ni aku nak mskkn entry si merah hati...

Pertemuan Pertama &*^^%&$^#%...



Salam tuk semua kengkawan ku...aku nak storylah sikit tentang CINTA akuq ini..hehehe mcm jiwang je bunyinya



semalam aku kuar ngan hubby n yaya g GIANT..bli barang dapur...tak di sngka hubby aku bleh bukak citer lama masa mula2 aku kenal dia...wat pengetahuan korang dia adalah abg angkat akuq..kira keluarga angkatlah..dia kenal aku masa dia form 4 masa tu sek lg..cuti sek dia dtg..cari keja sambilan..dapat gaji pertama terus blikan aku baju n selipar(cantek sgt)..masa tu aku bdk lg....dlm darjah 2 or 3 tak ingat lak....
-aku saje je dpn dia wat tak suka tapi..lepas dia balik..aku pakai bju n selipar tu...hehehe

"SETELAH SEKIAN LAMA TAK JUMPA....(agak2 dlm 10 -13 tahun ..rasa akuqlah klau tak silap kire...)

-pertemuan semula kami apabila jemputan perkahwinan akak akuq masa bulan 8 2004..
-Dia ckp malu nak dtg umah tapi atas desakan yg kuat dari mak n abah(mertuaku)..dia dtg jugak..

-sebelum sampai dia tel umah..bleh tergerak hati akuq nak angkat phone..pada hal mak aku ada..,mak akuq yg suruh angkat...(agaknya ni namanya jodoh)
-aku ckp "HELLO" je dia terus ckp ni adek iema ye...terro betoi dia...
-lepas jumpa tu dia ckp terus dia "angau" ayat gile ni ...
-hahaha kelakar bila ingat balik citer lama tu...
DAN saat dan detik itulah CINTA kami mula berputik...mcm putik bunga2 cinta hehehe...

mcm romantik je bila citer pertemuan pertama ni ek...mesti korang semua pun rasa ek...pe pun..
sebenarnya aku nak berkongsi tip ni...bila kiter cite balik memori indah ngan org tersayang...dah cukup membahagiakan kita....betul tak?
nnti ye 'SI MERAH ITUW"(aku nak curik2 masa nak mengedit gambar ni....






03 March 2009

Hati Pink AND Red

  • Salam untuk semua...lama tak meghupdate blog cintan akuq ni...pe pon
    kebosanan aku ni...layan gambar pink akuq yang pepoyo....ape ketdknya cuti sabtu
    lepas baru nak releks2 kat kg hubby..hubby dah kena call for responsibility dia
    hahaha ,terpaksa rela aku balik umah semola....
  • Sebelum balik tu petang2 , adalah sompat jejalan g kota lama..dah ada anak ni baru hubby aku bawak aku g sana...kat sana ada gak taman buaya yang ala2 taman buaya depan umah..taklah besau sgt..tapi masuk nak tgk boya nak kena 8 hengget..malas nak layan boya kota...hahaha.
  • akuq n hubby memang suka wana merah n merah jambu gitu...korang suka tak?..
  • klau korang x caye...nantikan citer baru aku " SI MERAH HATI HUBBYKU"
  • K,jumpa lagi untuk SI MERAH HATI HUBBYKU....LaYannnnz," dua2 saya suka...suke ape..wana merah n merah jambu le...









    27 February 2009

    Hati Joran....

    ha...haloooo..lupa nak citer..rabu lepas..ayah akuq n my brother g memancinglah..kekonon..
    masa blik dlm kul 8mlm,akuq pon menyibukkan diri nak amik gambar..hubby aku ape lagi nak jugak interframe muka dia bersama ikan siakap yg berberat 4.5 kg...fuyo...memang sodap....

    ikan pari ni plak 5.0kg masak asam podas...sodap tu...ngan ketam tu aku tak timbang plak..tapi klau masak sambal sodap tu...mak akuq masak lomak....memanglah badan sihat klau mkn ikan segar cam gini...tu yg tak sabo nak dok umah sendiri..tak bleh nak berdiet hehehe..
    dlm 2 @3 bln lagi dapat kunci..seronoknya....


    gambar hubby aku yg tak berbaju ituw korang abaikan ye..tgk ikan n yaya...sama besaw..hehehe
    yang sebelah tu pic ayah n abang akuw..dia berdualah yg g mancing..kita org tak tau pon bab memancing ni yg tau bedal je....memang masyok....
    k kita jumpa lagi di next entry...

    Setulus Kasihku Buat Anakku

    Salam semua...layan gamba buah hatiku ni...makin menjadi2 keletahnya...
    Kasih ibu & ayah pada yaya tak terkira sayang...
    Semoga yaya menjadi anak yang soleha,anak yang pintar,bijak dan anak yang berguna di dunia & akhirat...Amin....

    wajah2 poyo yaya..ada macm ibu dia @ayah dia..tp hubby aku tak habis ckp muka yaya ikut hubby ,ibu pon nak jugak..hehe aku...
    seksi gilos anakku ini...waktu mandi memang betoi2 soka...apa ketdk berendam...ni lah dia ucuk ibu...klau mandi dgn ibu skali basah..daia ajak mandi sekali...ANAK-ANAK....ada sekali tu lepas mandi..belum sempat pakai pampers dia dah mencurahkan air pengasihnya pada ibu...sabo jelah...pastu pandai plak dia ketawa...


    26 February 2009

    Tag from Mumy Dasy

    Thanks mumy dasy , tag mu ini poning pala akuq huwahuwa

    The rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!


    What is your sister name : SURIYANTI
    Four letter word:SUKA
    boy's name: SYAHPUTRA
    girl's name: SYARIFAH
    An occupation: SUBCONTRACTOR CLERK
    What you like : SOUVENIR
    Something you'll wear: STOCKING
    food: SPINACH
    Something found in the bathroom: SELIPAR
    A place: SINGAPORE
    Address: SOUTHERNER
    Something you'd shout: SO HAI (Bahasa cina bolehlah)
    A movie title: SUPERMAN
    Something you drink: SOYA BEAN
    A musical group: SPRING
    An animal: SNAIL
    A street: SENAI
    A type of car: SUBARU(impian hubbyku)
    The title of a song: SAYANG..SAYANG...

    walawey mumy dasy menjwab tag mu mcm nak kuarkan otak cuci baru leh guna..hahah pepon aku telah berjaya menjawab tag mu itu...dan sekarang tag pada yang ada di blog list aku nih....

    Menilai & Mengeratkan Kasih Sayang

    HAALOOOO korang semua pe citer...kabar2 kan citer cinta...
    wat masa ni akuq ada tip untuk kita berkongsi bersama..tip ni dari petikan akbar metro khamis,22.mei.2008 ( ruangan hati)
    nilah yg akuq suka baca n simpankan di dalam lubuk hatiku...hehehe(dlm bukulah)
    kalau korang dah tau wat tambahkan lagi ilmu...klau tak tau...supaya korang tau...
    mudah-mudahan korang sentiasa berkasih sayang hendaknya....


    PETUA PASANGAN MENILAI DAN MENGERATKAN KASIH SAYANG


    1.Tiba di rumah ,carilah DIA terlebih dulu sebelum melakukan hal lain.Pakar keluarga mengatakan,isteri selalu di belai atau di peluk akan berasa lebih tenang,bahagia dan pastinya menjamon rumah tangga lebih tahan lama.


    2. Ajukan pertanyaan khusus mengenai harinya dan tunjukkan keprihatinan anda mengenai apa yang di lakukannya.


    3. Berlatih mendengar dan mengajukan pertanyaan.Anda di galakkan menjadi pendengar yang baik mungkin seharian di rumah serta melayan kerenah anak2 adakalanya membuat isteri poning kepala.si suami boleh bertanyakan mengenai aktiviti anak2 menerusi isteri,si isteri pula tentu bangga kerana anda seorang pendengar dan ketua keluarga yang baik.


    4. Tahan godaan untuk menyelesaikan masalahnya,sebaliknya cubalah untuk merasai situasi yang di hadapinya.


    5.Apabila berbicara dengannya,letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh pada dirinya.


    6.Berikan dia bunga-bungaan sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya misalnya pada ulang tahun hari lahir.


    7. Rancang aktiviti bersama,jangan menunggu hingga hari minggu untuk bertanyakan apa yang ingin di lakukan.


    8. Ketika isteri sibuk,tawarkan bantuan kepadanya contohnya menyediakan makan malam atau mejaga anak.


    9. Puji penampilan isteri,mugkin isteri tidak meminta tetapi barangkali jauh di sudut hatinya begitu mengharap apatah lagi jika suami tidak pernah menuturkn nya.


    10. Sekiranya mahu pulang lewat,telefonlah isteri dan beritahu padanya.


    11.Jika perasaannya terluka tunjukkan simpati.Ada kalanya sikap anak2 boleh menguris hatinya atau perbuatan si suami membuatkan hatinya terguris.
    * alhamdulilah..adik ipaq aku dah kuar hopital..sekarang berehat di rumah saje...
    kita jumpa lagi...next entry ok.....

    21 February 2009

    20 February 2009

    Sayu Hatiku...




    * sebenarnya akuq tersalah info..untuk pengetahuan korang semua..adik ipaq aku patah tgn kiri ngan lutut dia beralih je tak patah pun...sorry wrong info...


    19.Feb.2009


    lepas blik keja aku g tggk adik ipaq aku...memang tersentuh akuq tggk..mcm nak nangis pun ada..tapi malu plak..hehehe..
    wajah dia yg menahan sakit tangan yg di operation..n dimasukan besi..memang memeritkan...
    lagilah..adiq ipaq aku ni pempuan lak tu..sakit mcm ni...adussss..
    YA ALLAH..ko sembohkan lah segera sakitnya itu....
    korang penah eksiden tak?
    akuq masa dolu2 ada tau time laya thn bape tak ingat...sbb dolu..beraya naik moto ramai2..tiba hujan jln licin...ape lagi meluncurkan aku kat jalan raya...tgn kiri gak sakit..tapi nasib baik tak patah..cuma darah beku..mmg sakit...apa tah lagi masukkan besi
    ADOI....
    Mudah-mudahan hilanglah rasa sakit tu...AMIN....

    19 February 2009

    Sentuhan JIWA

    17.Feb.2009
    adeq ipar akuq eksiden (patah tgn kiri ngan patah kaki kanan) cian dia bawak moto di himpit plak lorry..dugaan btoi..pastu sok nya aku g lah nak melawat kat hospital sultanah aminah...dia terpaksa di pindahkan sbb ramai sgt pesakit nak di operation..jd aku ngan family semua tggulah kat hospital kulai (pindah hospital ni)..memang hosptal tak ramai psakit..di sebabkan ambulan tak cukup byk untuk hantar adeq ipar aku..tpaksa menuggu bagai nak gila menahan sakit..family aku tggu ponya tunggu..sampai kul 6.40 ptg masih tak naik ambulan lagi...
    jadi terpaksalah kami semua balik...tak dpt tggk..tak ke sedey...tak sampai hati nak balik bila lom jumpa tapi apakan daya pengurusan hosptal agak kelam sikit selepas waktu pejabat...

    Malam 18.Feb.2009..malam yg menyentuh jiwaku..bila bos akuq dengan baik HATI belanja family akuq makan kat Restoran Mandella Kat pontian..jauh..memang jauh
    ni...aku pon trus pegi...restoran ni memang sebelum ni aku pnah g...ni kali ke tiga aku menjejakkan kaki kat sini..

    memang puas hati makan kat sini..kalau tak caya korang cube le ye...kompom..mesti nak datang lagi...
    gambo kat atas tu sbbnarnya aku lupo nak snapp pic hubby aku..jd aku selitkan pic hubby masa kat taman permainan..hehehe janji ada gambar dia yg encem ni....
    HA...jeng..jeng..mamat yg kat sebelah hubby akuq ituw bos akulah....muka mcm org melayu ek..nama MOK TUAN CHEW..org melaka mali..anak semua mcm melayu...mybe ayah dia terkenan melayu kot..hhahahaa
    k lah kita jumpa lagi di next entry k
    * DOAKAN ADEQ IPAR AKU CEPAT SEMBOH K...AMIN..

    17 February 2009

    Ikatan CINTA.....15.Feb.2009

    iklan cinta cinta malaysia hahaha...pandai tak aku wat iklan ni nak bthu..klau sape2 jumpa ni dah jd tunang orang...hehehe
    tarrrrrrraaaa...nilah orgnya cinta hati adik iparku yg encem...comelkan..nama pangln nana...cam akuq gak..ramai yg ckp muka aku sama ngan bakal adik ipar ni....ALHAMDULILAH bersyukur pada ALLAH swt semua selamat...


    hahaha akuq tension gilos...buah hatiku ni melalak gileee dia tak nak bergambo...td masa tggu rombongan (sbb ada yg sesat) dia ponya posing gile....nak interframe jugak aku ni...


    ni gambar adik ipar akuq ngan anak dia,ni lah plan aku nak snap gambar yaya ngan rina tapi tak kesampaian,bila anak aku menunjukkan angin kuntaw dia hehehe ,klau ikut keluarga hubby aku..dia berdualah cucu atoknya..blum ada geng ramai lg..tunggulah coming soon...




    buah hatiku yg COOL dalam kete,masa tunggu ada yg sesat pandai beno berposing...)sebelum dia berangin)




    ni masa sebelum pegi umah pihak pompuan...ada ke patut yaya bongkar beg tangan adiq iparku nya mak mtua..malu giler aku...pastu korang tggk dia wat apa kat blkg Tok ngah dia...

    masa dah balik ..anjang dia pon merasmikan kek untuk di potong..yaya ape lagi menyibuk dia....





    ni lah wajah 2 ceria dan wajah anak akuq yg (angin )...yg tak brape clear tu spupu hubby aku..dia cameraman..single lagi tau..tapi dah ada angin nak di jodohkan ngan awek btudung itam yg cute ni..mudah-mudahan semua yg di hajati akan direstui olah CINTA mereka..hahaha wakaka..

    poyo tak muka aku yg mencube2 tdung ekin tu...mcm kelakor je...






    jeng..jeng...hero cinta ada kat atas tu tapi gmbar kecik je..heroin pon ada gak..yg kat atas tu dari kiri..mak mtuaku,mak nana,nana,ayah nana,bapak mertuaku...yg bwah tu masa menyarong cincin lah..





    nilah gambo hantaran tapi tak cukup snap pic..sptutnya semua ada sebelas...kek ngan kuih comel yg terlupa...tak sompatlak..pic ni hubby aku yg tolong snapkan..








    ni plak hantaran dari adik iparku,pon tak dpat snap pic yg spatutnya sembilan..yg aku lupa kek ngan cincin tu..dah terlupa plak....

    akuq watkan hantaran adiq ipar aku (coklat,bju ela,sireh junjung) tuala tu adik ipar aku yg wat...yg lain semua hantar kedai...

    mcm mana hasil gubahan aku..boleh bukak kdai tak....hahaha perasan tol aku ni ek.....

    dah pnat ni....aku doakan tuk adiq ipaq:-

    SEMOGA IKATAN YG DI BINA AKAN BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN...

    AMIN....