26 February 2009

Menilai & Mengeratkan Kasih Sayang

HAALOOOO korang semua pe citer...kabar2 kan citer cinta...
wat masa ni akuq ada tip untuk kita berkongsi bersama..tip ni dari petikan akbar metro khamis,22.mei.2008 ( ruangan hati)
nilah yg akuq suka baca n simpankan di dalam lubuk hatiku...hehehe(dlm bukulah)
kalau korang dah tau wat tambahkan lagi ilmu...klau tak tau...supaya korang tau...
mudah-mudahan korang sentiasa berkasih sayang hendaknya....


PETUA PASANGAN MENILAI DAN MENGERATKAN KASIH SAYANG


1.Tiba di rumah ,carilah DIA terlebih dulu sebelum melakukan hal lain.Pakar keluarga mengatakan,isteri selalu di belai atau di peluk akan berasa lebih tenang,bahagia dan pastinya menjamon rumah tangga lebih tahan lama.


2. Ajukan pertanyaan khusus mengenai harinya dan tunjukkan keprihatinan anda mengenai apa yang di lakukannya.


3. Berlatih mendengar dan mengajukan pertanyaan.Anda di galakkan menjadi pendengar yang baik mungkin seharian di rumah serta melayan kerenah anak2 adakalanya membuat isteri poning kepala.si suami boleh bertanyakan mengenai aktiviti anak2 menerusi isteri,si isteri pula tentu bangga kerana anda seorang pendengar dan ketua keluarga yang baik.


4. Tahan godaan untuk menyelesaikan masalahnya,sebaliknya cubalah untuk merasai situasi yang di hadapinya.


5.Apabila berbicara dengannya,letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh pada dirinya.


6.Berikan dia bunga-bungaan sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya misalnya pada ulang tahun hari lahir.


7. Rancang aktiviti bersama,jangan menunggu hingga hari minggu untuk bertanyakan apa yang ingin di lakukan.


8. Ketika isteri sibuk,tawarkan bantuan kepadanya contohnya menyediakan makan malam atau mejaga anak.


9. Puji penampilan isteri,mugkin isteri tidak meminta tetapi barangkali jauh di sudut hatinya begitu mengharap apatah lagi jika suami tidak pernah menuturkn nya.


10. Sekiranya mahu pulang lewat,telefonlah isteri dan beritahu padanya.


11.Jika perasaannya terluka tunjukkan simpati.Ada kalanya sikap anak2 boleh menguris hatinya atau perbuatan si suami membuatkan hatinya terguris.
* alhamdulilah..adik ipaq aku dah kuar hopital..sekarang berehat di rumah saje...
kita jumpa lagi...next entry ok.....

No comments:

Post a Comment