24 April 2009

Motivasi cinte

Petua menjaga hati isteri

· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan
seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah

· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Petua mencurahkan jalinan kasih

§ Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

§ Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain

§ Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

§ Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa

§ Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

7 comments:

  1. Wah lmnya menyepi Iema..busy ker..

    ReplyDelete
  2. bagus info nih. Adalah digalakkan suami2 diluar sana membaca kan cintaaa....lama duk menyepi. Bila nak n3 rumah baru nih....hihih

    ReplyDelete
  3. WAHHHHH SANGAT BAGUS INFO NE.. NAK PRINT BULEH TAK... MA NANTI KITE BERJIRAN LA NAMPAKNYE LEH START MISI KITE NANTI...HEHEHEHE

    ReplyDelete
  4. qaseh:memang betul2 sibuk tau,biasale baru2 ni kena tunjuk lajin lo.hehehe

    K.atie: tgh sibuk nnti ada masa bru dpt tgk rumah baru ku ituw k..

    Nasazfrog:tak sabo nak bjiran ni..bleh kita juangkan misi kite ni..hihihi

    ReplyDelete
  5. Bagus info nih,lama tak borak ya....rindu plak.

    ReplyDelete
  6. jalan2 di sini :-) jemput ke http://diarihati.com/blog/

    ReplyDelete